Review – Amazfit Stratos

Hari ini aku nak kongsi serba sikit pasal jam sukan aku ni. Iyo laa selalu bila aku masuk marathon, kehulur hilir bawa hp. Kadang tu kejang kebas macam pegang baton lari. Ha ha. Tapi hati-hati bila nak beli sebab stratos ni ada dua versi.. English dan chinese. Better ambil laa English. Harga tambah puluh ringgit bergantung supplier yang kau jual. Aku nasihat kau cari laa kat shopee. Pastikan mall laa. Karang jenuh nak ada warranty sampai negara china. Ha ha

Masih seal. Sayang pulak nak buka. Ha ha

Tadi, aku cubalaa lari untuk training ultra aku 50miles atau jarak 84km. Aku tak tahu laa persediaan aku macam mana. Aku cuma lari je laa nanti. Training aku semua ke laut. Mileage pun tak cukup. Kira aku terjah je ni. Adess.

Nice kat tangan keding aku

Aku rasa selesa dia ada kat tangan aku wey.. Banyak benda aku kena explore lagi dalam ni. Yang aku suka, banyak chart dia akan keluar dan bagitau segala info pasal lari tu. Kat jam kecil sikit tapi nak saiz besar, connect dengan apps.

Pace struggle aku. Ha ha

Loop 4x. Best layan loop. Satu loop 1km
Keluar la segala carta kau nak tahu

Setakat ini aku berpuas hati dengan jam amazfit ni. Aku mencari jam tangan sport yang boleh keluarkan data gpx file yang mana boleh dijadikan rujukan bila aku trekking dalam hutan nanti. Tak sangka pula amazfit stratos ini boleh. Sekian sahaja post ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *